Posted by Interpretation of Islam

PAKCU..SAHABAT LAMA DAH
NAK BALIK


Zulkernain bin Tajuddin, roomate time mula-mula ambo masuk KIAS. Tinggal kat asrama YIK lebih kurang 1 tahun. Exam baru-baru ni dapat tasfiah, dan hari ini dah tempah tiket EgyptAir, balik Malaysia. Meninggalkan kampung halaman 4 tahun yang lalu. Rindu homesick dah tak tertahan.


PULANG MENYUMBANG SEKALUNG ILMU

Pulangnya beliau ke tanah air, dalam masyarakat kampung yang masih gersangkan ilmu dan modenisasi yang telah merubah lanskap struktur masyarakat sekeliling, memerlukan tolakan arus ilmu yang luas, menuntut salamatus sadri yang tinggi dan membawa nada seirama dengan kehendak politikus semasa. Kg. Banggol Chicha, menanti seorang lagi ulama Azhari yang tentunya jarang-jarang, kadang-kadang ibubapa yang mampu menghantar anak-anak mereka belajar di sana.


Sahabat-sahabat yang nak hantar Pakcu balik Malaysia

BP PMRAM yang prihatin kat ahli turut sama datang meraikan kepulangan Cuuu..



Pulanganmu ke gagang tanah air,
Membawa pelita yang penuh,
Penuh dengan neon cahaya,
Menambah terang hidayah,
Yang kian sirna,
Dek bejat maksiat,
Yang semakin hari semakin memBabi-Babi,
Dalam membawa Tamkin Islam di bumi Asia,


Bukan pulangmu membawa warna-warni,
Kesan modenisasi yang tak kenal Tuhan,
Semakin memalapkan obor ilmu,
Masyarakat yang hilang hujung tali,
Awalnya MUHAMMAD, hujungnya ALLAH,
Kini berubah dan berubah,
Awalnya IBLIS, hujungnya NERAKA.

SALAM TOLERANSI ILMU...TAKBIR!!





 

Posted by Interpretation of Islam

Mesyuarat Agung Tahunan DPM Damanhur ke 16 Berlabuh



9.30 pagi

-Ucapan permulaan oleh Pengerusi DPM Damanhur. Kemudian diikuti oleh ucapan Pengarah MAT, ustaz Omar b. Abdul Aziz. Kemuncaknya ucapan perasmian oleh Presiden PMRAM, ustaz Khairul Anuar b. Ismail.



10.30 pagi

-Pembentangan laporan oleh Setiausaha Agung DPM Damanhur. Pengerusi Mesyuarat membuka kepada Jabatan Pengerusi hingga Bendahari untuk dibahaskan oleh ahli mesyuarat.



1.20 petang

-Rehat dan solat zohor. Tidak disediakan jamuan.



2.15 petang

-Pengerusi membuka kepada Unit Dakwah hingga Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan untuk dibahaskan oleh ahli mesyuarat.



3.30 petang

-Pembentangan laporan Kewangan oleh Bendahari DPM Damanhur dan dibahaskan oleh ahli mesyuarat.



4.05 petang

-Rehat dan solat asar



4.20 petang

-Ucapan penagguhan oleh semua AJKT 07/08.



4.30 petang

-Ucapan penangguhan mesyuarat ke 16 oleh Pengerusi DPM Damanhur. Semua AJKT 07/08 secara rasmi meletak jawatan.



4.45 petang

-Pengumuman AjKT BARU dan KEKAL 08/09 oleh Pengerusi SPR 07/08, ustaz Marman b. Mohd. Noor.



5.00 petang

-Taaruf ringkas oleh AJKT 08/09.



5.15 petang

-Persembahan deklamasi sajak oleh Jejaka Toba, ustaz Soffwan b. Awang.



5.30 petang

-Tayangan Slide show imbasan program-program sesi 07/08.



6.01 petang

Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.

7.02 petang
-Bersurai

-Sekalung Penghargaan untuk :

-Pengarah dan seluruh AJK Pelaksana MAT ke 16
-Sahabat-sahabat Damanhur
-AJKT 07/08
-Penasihat DPM Damanhur 07/08
-BP angkat PMRAM (ustaz Malek Abdul Karim,ustaz Adlan)
-Perasmi MAT ke 16, ustaz Khairul Anuar b. Ismail
-Pengerusi dan AJKT 08/09
-Penyumbang jamuan makan (nasi, pengat pisang, kek, air kotak dan lain-lain).
-Qari jemputan, ustaz Banta Ali (Indonesia)
-Seluruh warga Damanhur yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

 

Posted by Interpretation of Islam


Sumpah SE ekor SESUMPAH..!!

 

Posted by Interpretation of Islam


KETUANAN MELAYU TAK DAPAT DISELAMATKAN

Senario politik di Malaysia sedang menyaksikan juara bertahan kerajaan Melayu Kuno kini hampir menyembam tanah. Dengan pelbagai masalah dan kacau bilau yang dilakukan oleh pemimpin mereka, mengakibatkan perpecahan yang tidak sedikit berlaku di kalangan pejuang NASIONALIS Malaysia hari ini.

Tiada siapa yang mampu menyelamatkan keadaan yang parah ini, melainkan sekutu-sekutu Yahudi yang kini berdepan dengan cabaran yang baru di kawasan negara Asia Tenggara. Di mana mereka sekarang? Tidakkah akan muncul hero Yahudi bertopeng Melayu Asia Tenggara akan melakukan beberapa aksi kekerasan bagi mengekalkan ketuanan yang ada sekarang. Mana Menteri yang membunuh umat Islam Memali? Di mana dia Menteri Pelacur "Mongolia taste"? Menteri Buih, yang menghunus Keris ingin menyelamatkan nasionalis Melayu? Atau sekarang mereka sedang mencari pakcik-pakcik penggali kubur di luar negara, sebelum disumbat ke kubur ISA?

BEKAS JUARA WILL COMING BACK

Dalam kegawatan politik sekarang, pemain tempatan yang pernah menjadi Juara Bertahan 22 tahun berturut-turut (Worldwide Champion of MahaFiraun) dijemput kembali untuk beraksi di dunia politik hari ini. Beliau yang pernah menyumpah seranah Partai Melayu sepanjang persaraannya di dunia politik, rupa-rupanya masih diperlukan oleh Menteri-menteri kerajaan yang ada pada hari ini.


Tak malukah mengutip sisa-sisa buangan yang pernah melempar TAHI di muka sedara-sedara sekalian?Boleh jadi mereka nak kitar semula sisa ini untuk jadi Pahlawan Baru kepada perjuangan mereka. Karies Gigi yang dihadapi kini mungkin ada formula baru yang akan dipekenalkan oleh 'Firaun The Dentist' ini. Kita just 'wait n see'.

MALAY WHITE HOUSE WILL BE TAKE OVER

Anak Mami Penang 'meracau dalam tenang' menyaksikan episod Islam Hadhari akan berakhir bila-bila masa sahaja dari sekarang. Mungkin beliau dan menjangka ending ceritanya macam ini. So, buat apa nak pening-pening kepala nak fikir happy ending yang baru.

Cuma yang paling penting sekarang adalah just 'play with situation' dan cuba untuk tompokkan segala dosa ke atas his buddy, Menteri Mongolia Taste. Lepas ni, sekadar bungkus-bungkus apa yang patut dan belayar terus ke kampung halaman 'My Kanggaroo Country'.


PAKATAN RAKYAT MENUNGGU GILIRAN


Tarikh keramat 16 September menjadi penantian seluruh Pekerja Islam di semua pelusuk dunia. Tarikh Peralihan Kuasa daripada Secular Goverment kepada Al-Quran and Hadis Law sudah tentu tidak terlalu terikat dengan angka 16. Akan tetapi, apa yang pasti adalah kuasa mesti diambil alih untuk memastikan survival Islam terus diberi nafas baru di saat dunia berada di Konklusi Hayatnya.

Interpretation of Islam akan diterjemah kembali mengikut panduan semasa oleh Pakatan Rakyat tanpa keluar dari orbit yang dikehendaki oleh Tuan Punya Dunia. Oleh yang demikian, bersedialah kita semua dengan ilmu-ilmu Samawi dan Duniawi bagi 'mengisi kosong' jawatan-jawatan yang amat diperlukan oleh Jamaah Islam Malaysia. Jangan nanti, kerajaan dibentuk,yang menjadi pengisinya adalah 'anjing-anjing rice cooker' yang ada kelayakan untuk menampal lompang-lompang yang tidak mampu diisi oleh Pekerja-pekerja Islam. Mereka tanpa segan dan silu mempersilakan diri masing-masing untuk memberi sokongan padu dan khidmat yang cemerlang untuk Pakatan Rakyat guna untuk 'seketul tulang' yang menjadi gonggongan politik pemikiran sempit mereka.


Dalam menanti Pencernaan Kuasa Baru PR, kita pendokong Gerakan ini, se'ahsan'nya melazimi raja' (pengharapan) dan zikir ke hadrat Ilahi dalam merebut 'Janji Mustajab' di bulan Ramadhan yang kini sudah berlalu hari-hari sepuluhnya.

testing

Contributors

Interpretation of Islam
-sek.keb.Padang Mokan,Peringat -Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) -Universiti Al-Azhar,Mesir
View my complete profile



muhim link


Free shoutbox @ ShoutMix

Demi Masa

MALAYSIA EGYPT