Posted by Interpretation of Islam
PAKCU..SAHABAT LAMA DAH
NAK BALIK
Zulkernain bin Tajuddin, roomate time mula-mula ambo masuk KIAS. Tinggal kat asrama YIK lebih kurang 1 tahun. Exam baru-baru ni dapat tasfiah, dan hari ini dah tempah tiket EgyptAir, balik Malaysia. Meninggalkan kampung halaman 4 tahun yang lalu. Rindu homesick dah tak tertahan.
PULANG MENYUMBANG SEKALUNG ILMU
Pulangnya beliau ke tanah air, dalam masyarakat kampung yang masih gersangkan ilmu dan modenisasi yang telah merubah lanskap struktur masyarakat sekeliling, memerlukan tolakan arus ilmu yang luas, menuntut salamatus sadri yang tinggi dan membawa nada seirama dengan kehendak politikus semasa. Kg. Banggol Chicha, menanti seorang lagi ulama Azhari yang tentunya jarang-jarang, kadang-kadang ibubapa yang mampu menghantar anak-anak mereka belajar di sana.
BP PMRAM yang prihatin kat ahli turut sama datang meraikan kepulangan Cuuu..
Pulanganmu ke gagang tanah air,
Membawa pelita yang penuh,
Penuh dengan neon cahaya,
Menambah terang hidayah,
Yang kian sirna,
Dek bejat maksiat,
Yang semakin hari semakin memBabi-Babi,
Dalam membawa Tamkin Islam di bumi Asia,
Bukan pulangmu membawa warna-warni,
Kesan modenisasi yang tak kenal Tuhan,
Semakin memalapkan obor ilmu,
Masyarakat yang hilang hujung tali,
Awalnya MUHAMMAD, hujungnya ALLAH,
Kini berubah dan berubah,
Awalnya IBLIS, hujungnya NERAKA.
SALAM TOLERANSI ILMU...TAKBIR!!