Posted by Interpretation of Islam
Perceraian Akhil Hayy
IPOH: “Inilah hakikatnya. Ana (saya) harap (mana-mana pihak) jangan mensensasikannya lagi. Yang dah selesai, selesai.“Ana doakan yang terbaik untuk masa akan datang. Yang terbaik untuk keputusan hari ini, itulah (perceraian),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy.Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai, 40, meminta semua pihak tidak lagi memperkatakan mengenai hal peribadinya selepas krisis rumah tangganya berakhir semalam sebaik dia menceraikan isterinya, Maizawati Zainal, 33, dengan talak satu di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof.Mengulas keputusan perceraiannya, bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh terbabit secara berseloroh menjawab: “Itu (kemenangan Pas) adalah keputusan pilihan raya kecil (Manek Urai) semalam (kelmarin). Hari ini (semalam) keputusan pilihan saya.
Bagaimanapun, ‘Ustaz Rock’ itu dengan lantang menafikan punca keretakan rumah tangganya sehingga membawa kepada perceraian berpunca daripada pembabitan pihak ketiga.“Berkali-kali ana tegaskan, jangan babitkan perkara (punca perceraiannya) dengan pihak ketiga. Cukuplah, keluarga dan sesiapa yang terbabit dalam hal ini terzalim dan terkecewa secara tidak langsung selain kredibiliti ana yang tercalar cukup banyak.“Tidak ada (pembabitan) pihak ketiga, ana dah ulang (perkara ini) sebanyak tiga kali. Ini (perceraiannya) adalah masalah peribadi ana dengan bekas isteri. Masalah peribadi belaka.“Ramai yang mengaitkan spekulasi dan gosip yang mengatakan masalah ini timbul kerana ana terbabit semula dalam bidang seni dan mempersoalkan mengapa tidak berceramah macam dulu. Tapi, itulah ana, ini perjalanan saya,” kata Mengulas mengenai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya dalam laman blog tertentu termasuk mengatakan dia ‘ustaz munafik’, Akhil berkata:“Ana tengok tulisan (komen) dia orang (penulis blog) lebih hebat daripada ulama sekarang ini. Sebab menghentam ana dan macam-macam termasuk tuduhan ustaz munafik. Masalahnya ialah, inilah mentaliti masyarakat Malaysia, bila buka blog untuk (diberikan) ruang, mereka membuat (menulis) apa juga perkataan dan cacian cukup hebat.“Sebenarnya benda-benda ini kita kena check (semak) balik. Kita tidak tahu siapa yang bercakap sedangkan kita (saya) ini menjadi tontonan orang ramai, orang melihat kita setiap inci. Yang paling penting, kita tiada ruang (mempertahankan diri),” katanya.Mengenai perancangannya selepas ini, Akhil hanya berkata, buat masa sekarang beliau sedang membuat rakaman Tadarus Al-Quran dan meneruskan kehidupannya seperti biasa serta melaksanakan beberapa perkara yang dirancangkannya.