Posted by Interpretation of Islam


EKSPERIMEN SEORANG AZHARI

Alhamdulillah thumma alhamdulillah...dapat lagi bersua di laman usang ini. Sememangnya sudah lama tidak bersua dan ber'update',namun digagahi jua jari jemari ini melantun keyboard agar lorong kecil dakwah ini sentiasa dipugar dan dimamah ilmu bermanfaat.
Sejak kepulangan saya di bumi Serambi Mekah tanggal 26 Januari 2009, membuatkan hati sentiasa teringatkan bumi Nabi Allah Musa yang bermandi peluh bagi meronyok angkuh pemerintahan Perdana Menteri seorang Raja pimpinan Iblis,Fir'aun laknatullah.Mana tidaknya,hampir 4 tahun dicandu oleh masyarakat Mesir yang hingar bingar,hiruk pikuk hon di jalanan dan pelbagai kerenah yang menjadi lelucon kehidupan saya di sana.

TUGAS MENANTI DI KAMPUNG KELAHIRAN

Seminggu lebih di tanah air, disambut oleh pelbagai aktiviti menarik bagi anak tunggal lelaki seperti saya.Kepulangan saya semacam dapat menyelesaikan beberapa perkara yang bukan senang bagi seorang ibu yang dah berumur untuk melangsaikannya. Hampir sepuluh hari di kampung, saya dapat tawaran mengajar di Institut Dakwah Islam Perkim (IDIP) di Pengkalan Chepa untuk membimbing saudara seislam di sana. Dan bagi saya ia adalah pengalaman pertama berurusan dengan sebuah jabatan seperti Perkim ini. Nampak semacam mudah, namun memerlukan sedikit pengetahuan tentang selok-belok di alam pekerjaan ini.

Rasanya tak sampai seminggu saya di sana, baru sahaja ingin kenal mengenali satu sama lain, saya diberi peluang untuk mengenal dan memberi sumbangan kecil di bumi Sarawak,Bintulu. Diberi peluang sebagai guru ganti bersalin, dan berdepan dengan qodiah (keadaaan) guru-guru yang kebayakannya lulusan universiti tempatan,membuatkan hati saya berasa sedikit kecut dan kaku.Namun peramahnya mereka dengan rakyat semenanjung membuatkan kita lebih berani untuk bertegur sapa dan bertanya khabar. Bagi saya duit bukan matlamat, akan tetapi di sini saya telah teruji dengan telatah mendidik anak-anak kecil sekolah rendah ini yang membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk meneruskan pengajaran di sekolah rendah Bintulu ini. I

ILMU TONG ATAU TONG ILMU

Ilmu kita yang setaraf ijazah akan diuji di medan ini dan di sana kita akan dinilai melalui kebolehan gulungan ijazah Azhar sama ada boleh dijadikan sebagai silibus baru pengajian atau sebaliknya akan di 'zibalah'kan (tong sampah) oleh masyarakat di sekeliling kita. Jadi, pesanku berkali-kali untuk diri kerdil hina ini da untuk sahabat-sahabat Azhari azhariah, moga penerusan komunikasi ilmu akan diteruskan agar ujiannya setanding dengan gulungan ijazah yang di kelek nanti.

Semangat Pentarbiyahan Ilmu..

0 comments

Post a Comment

testing

Contributors

Interpretation of Islam
-sek.keb.Padang Mokan,Peringat -Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) -Universiti Al-Azhar,Mesir
View my complete profile



muhim link


Free shoutbox @ ShoutMix

Demi Masa

MALAYSIA EGYPT