Posted by Interpretation of Islam
Tujuan Jamaah
Risalah yang ingin disampaikan oleh Jama'ah Islamiyyah kepada masyarakat dan difahami oleh umat Islam sebaik mungkin serta bangkit untuk menyelamatkannya dengan penuh keteguhan adalah bahawa tugas kita adalah memipin dunia, memberi bimbingan kepada semua manusia ke arah peraturan-peraturan Islam yang benar dan ajaran-ajarannya yang tidak mungkin digantikan dengan yang lain jika manusia ingin bahagia.
Apakah kita Jamaah Muslimin?
Bahawasanya pemilihan nama oleh pengasas Jama'ah ini bukanlah memandang kepada yang dimaksudkan oleh Jama'ah Muslimin di dalam hadis-hadis. Melainkan dengan satu seruan - dengan pertolongan Allah - untuk merealisasikan Jama'ah Al-Muslimin. Atas dasar-dasar ini :
1. Syarat-syarat keanggotaan tidak diumpamakan dengan syarat-syarat Islam.
2. Syarat-syarat menyingkirkan keanggotaan tidak disyaratkan dengan syarat-syarat murtad.
3. Jama'ah boleh mengkosistenkan anggotanya melebihi dari apa yang diharuskan oleh Islam secara terperinci seperti "Siatem Dalaman" dan Al-Lawaih (peraturan).
4. Jama'ah tidak dituntut melaksanakan kewajipan-kewajipan. Tetapi khilafah sebelum terbentuknya khalifah yang wajib melahirkan khalifah untuk merealisasikan hal-hal tersebut.
5. Syarat-syarat dan kewajipan-kewajipan Amir Jama'ah tiadak disyaratkan dengan syarat-syarat dan kewajipan-kewajipan Amirul Mu'minin.
Sekalipun hal ini hanyalah merupakan sikap pilihan, tetapi Jama'ah berkeyakinan peranan-peranan yang perlu dimainkan mempunyai hukum wajib syar'i. dan orang yang tidak mahu bergabung dianggap berdosa, kecuali apabila ia tiadak sejalan dengan tujuan Jama'ah iaitu berhukum kepada Syariat Allah yang bererti orang itu kafir atau murtad. Dan sekalipun demikian, Jama'ah berkeyakinan bahawasanya orang yang bergerak di luar Jama'ah tetapi mempunyai tujuan yang sama dengan Jama'ah, akan dapat mengurangi dosanya sebagai seorang Muslim. Tetapi Jama'ah tetap berpandangan bahawa pemilihan sikap ini semata-mata untuk menyelamatkan dunia.
Rujukan :
Thawabit Al-'Amal Al-Islami 'inda Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna
Pengarang :
Dr. Hazzin Farrukh
Terjemahan oleh :
Muhammad Baihaqi
Cetakan Pertama :
2002