Posted by Interpretation of Islam

Biodata Ulama Nusantara

Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari Al-Makki

Nama dan Kelahirannya

Dia ialah Abu Muhammad, Muhammad Nuruddin bin Hj. Marbu bin Abdullah bin Taib. Berasal dai Banjar, warganegara Indonesia, belajar dan mengajar di Makkah dan Syafie mazhab serta sandaran.

Dilahirkan di perkampungan "Harus" di Amuntai pada 1 September 1960 M dari ahli keluarga yang mulia dan kuat beragama. Merupakan anak lelaki ketiga haji Marbu Abdullah. Haji Marbu mempunyai 7 orang anak : 4 lelaki 3 perempuan. Mereka mengikut aturan kelahiran :

Puan Ruminah, Hj. Sudian Nur, Muhammad Nuruddin, Puan Nur Ina, Hj. Suyan Nur, Zainal Ariffin dan Maimunah - hafizahumullah.

Adapun ibunya : Hjh. Rahmah bt. Hj. Muhammad Sobri - merupakan salah seorang Ulama Besar Amuntai meninggal dunia 1984 M - Ibunya amat tinggi ketakwaan dan kebaikan. Sentiasa mendoakan anak-anaknya dengan pemeliharaan Allah, kebahagiaan dan kejayaan dan sentiasa memohon pada Allah agar menjadikan anak-anaknya terdiri dari Ahli Ilmu dan makrifat.

Perkembangan Keilmuan

Dia membaca Al-quran dari neneknya, kedua ibu saudaranya "Puan Rokiah dan Puan Zainab" dan dengan kakaknya Puan Rumiah. Belajar di sekolah rendah di kampung "Harus" . Setelah selesai pengajian, dia menyambung pengajian di sekolah agama "Nur Mal Islam" - Rasyidiah Khalidiah - di Amuntai pada tahun 1974 M, akan tetapi dia taidak sempat menamatkan pengajiannya di sekolah tersebut apabila Allah takdirkan untuk dia bermusafir bersama keluarga ke bumi yang paling suci pada tahun tersebut. Dia menetap di Makkah dari tahun 1974 M hingga akhir 1982 M. Ketika di sana dia memasuki "Madrasah Saulatiah al-Hindiah" merupakan madrasah yang terkenal dengan kebaikan dan keberkatan. Di situ dia mnadah ilmu-ilmu agama dan selainnya di bawah telunjuk Ulama-ulama Besar madrasah itu yang ikhlas. Seumpama Al-A'llamah Sayyid Attas, Syeikh Abdullah Said al-Lahji, Syeikh Ismail Osman Zain, Syeikh Muhammad I'wad al-Yamani, Syeikh Abdul Karim al-Bukhari dan selain mereka.

Tambahan dari apa yang dipelajari dari madrsah tersebut, dia sentiasa melazimi beberapa majlis pengajian ilmu di Masjid Haram dan rumah-rumah sebahagian Syeikhnya.

Pengajiannya dari Para Guru-gurunya

Kitab-kitab yang dibaca bersama syeikh-syekihnya :

Fekah :
1. Mukhtasar Safinatu an-Naja
2. Matan Ghayah wa al-Taqrib
3.'Umdah as-Saalik wa 'Uddah an-Nasik
4. Manhaj at-Talibin
5. Syarhu at-Tahrir
6. Syarah al-Mahalliy 'ala al-Manahij
7. Syarah Ibn al-Qasim
8. Tuhfatul Muhtaj
9. Al-Majmuk
10. Nihayatul Muhtaj
11. Ansa al-Mataalib
12. Fathul Wahab dan lain-lain.

Manasik :
1. Matan al-Ithah
2. Fathul Mujiib fi Syarhi Manasik al-Khatib

Faraid :
1. Khulasatul Kalam
2. Matan ar-Ruhbiyyah wa Syarhuhu li Sabtiy al-Mardiniy
3. Syarhu al-Syansyuriy

Tafsir dan Ulum Tafsir :
1. Tafsir al-Jalalain
2.Tafsir Ibn Kathir
3. Rawa'iul Bayan
4. Manzumatul al-Zamzamiy ma'a Syarhuha
5. Ulum al-Quran li Syeikh Ismail Osman Zain
6. al-Itqaan

Aqidah :
1. al-Kharidah wa Syarhuha
2. Fathul Majid li an-Nawawi al-Jawiy
3. 'Aqidatul Islam li al-Haddad
4. Qawaid al-'Aqa'id li al-Ghazali

Hadis :
1. Matan ar-Ba'in an-Nawawiyyah
2. Bulughul Maram
3. 'Umdatul Ahkam
4. Riyadhu as-Solihin
5. Al-Azkar an-Nawawiyyah
6. Sahih al-Bukhari
7. Sahih al-Muslim
8. Sunan Abi Daud
9. Sunan at-Tirmizi
10. Sunan an-Nasa'i
11. Sunan Ibn Majah
12. al-Misykah
13. Muwattho' Imam Malik
14. Mukhtasar al-Bukhari li Ibn Abi Jamrah
15. Syama'il al-Muhammadiyyah li Tirmizi
16. Kasyful Ghummah
17. al-Awa'il as-Sunbuliyyah
18. Musalsalatul Faadaaniy dan lain-lain.

Mustolah Hadis :
1. Matan al-Baiquniyyahwa Syarhuhu al-Musamma bi at-Taqriraat as-Sunniyyah li Syeikh Hassan al-Masyaat
2. Raf'ul Astaar Syarhu Thal'ah al-Anwaar
3. Tadriibul Raawi li as-Suyuuthi
4. Muqaddimah Ibn Salah dan lain-lain.

Tasauf dan Suluk :
1. Bidayatul Hidayah
2. Manhajul 'Abidin
3. Ihya' Ulum al-Deen
4. Mau'izatul Mukminin
5. Al-Hukmu
6. 'Iqaatul Humum
7. Risalah al-Mu'awanah
8. Risalah al-Qusyairiyyah
9. Hadiqatul Aniiqah li Bahriq
10. Tanwir al-Qulub
11. Lawaqih al-Anwar.

Qawaid Fiqh dan Usul Fiqh :
1. Idhah al-Qawaid al-Fiqhiyyah
2. Al-MAdkhal ila 'Ilmu al-Usul
3. Syarhu al-Waraqat
4. Syarhu Jam'u al-Jawami'

Nahu dan Sorof :
1. Matan al-Ajrumiyyah
2. Syarhu Mukhtasar Jiddan
3. Tuhfatu an-Nassiyyah
4. Al-Mutammimah
5. Qatru an-NAda
6. Syarhu Ibn Aqil
7. Syarhul as-Asymuni
8. Qawaid al-Asasiyyah
9. Is'afu at-Tullab Syarhu Nizam Qawaid al-A'raab
10. Matan al-Bina
11. al-Kailaniy
12. al-Maqsuud

Balaghah dan Mantik :
1. al-Balaghah al-Wathihah
2. Jauhar al-Maknuun
3. Matan Isaaghujiy dan lain-lain.

Rujukan :
Biodata pengarang,
Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-MAkkiy & Hadis Musalsal
Mukasurat : 5

0 comments

Post a Comment

testing

Contributors

Interpretation of Islam
-sek.keb.Padang Mokan,Peringat -Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) -Universiti Al-Azhar,Mesir
View my complete profile



muhim link


Free shoutbox @ ShoutMix

Demi Masa

MALAYSIA EGYPT