ramadhan
Posted by Interpretation of Islam
oleh : al-faqir ila rabbi
Di kala ramadhan menyusuri fasa yang ketiga, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. menitiskan air mata kesayuan kerna saiyyidul Syahr (kepala segala bulan) bakal menutup tirainya untuk kesekian kali. Kesayuan para sahabat dibuktikan dengan gandaan demi gandaan ibadat khususnya pada 10 terakhir. Di sana mereka bermunajat, memohon maghfirah dan mengharapkan dari Allah s.w.t moga-moga dipertemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang. Doa mereka "allahumma ballighna Ramadhan" (Ya Allah pertemukanlah kami dengan Ramadhan) menunjukkan betapa sayu dan pilu hati seorang hamba Allah yang sentiasa mendambakan kasih sayang dan dan rahmat dari Ilahi.
Persoalannya, adakah kita juga seperti mereka, mengharapkan ketibaan Ramadhan seterusnya atau mencemuh dan amat gembira sekiranya kalendar Ramadhan dipadam terus daripada kalendar tahunan hijrah?Bosan..tak bebas..letih..program tergendala..dan seribu macam alasan lagi yang diungkit-ungkit,dibangkit-bangkit dengan kehadiran Ramadhan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu(Bukhari & Muslim).
Seorang sahabat di sini, selalu menyebut-nyebut di dalam tazkirah ataupun ceramah beliau bahawa kita selalu mendengar orang menyebut 'Ramadhan Kareem' akan tetapi pada masa yang sama kita jarang mendengar orang menyebut 'Ramadhan 'Azeem'. Sedangkan katanya, ramadhan Kareem itu sudah pun terkandung di dalam kalimat 'Ramadhan 'Azeem'. In a nutshell, apa yang penting bagi kita selaku hambanya yang taat dan patuh, akan sentiasa riang ceria menyambut kedatangannya. Semoga dengan madrasah Ramadhan kali ini dapat mendidik kita menghayati 11 bulan yang akan datang dan menjadi charger battery selama 11 bulan tersebut.
Firman Allah s.w.t :
Diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu tergolong dari kalangan orang-orang bertakwa (al-ayat).