Posted by Interpretation of Islam

oleh : ammu im


Mencapai kejayaan? Kita boleh membentuk cara pemikiran untuk mencapai kejayaan, kita boleh meramal kejayaan atau kegagalan milik kita dengan berpaksikan tingkah laku dan cara kita berfikir. Bagaimana??
kejayaan disini perlulah didifenasikan secara global dan luas. Kita tidak harus melihat kejayaan dalam ujian,peperiksaan dan main bola sahaja, tetapi lebih tepat kejayaan dalam keseluruhan kehidupan dunia dan yang paling penting kejayaan akhirat yang kekal abadi. Hal ini berkait rapat dengan perancagan kehidupan dan pemikiran atau fikrah kita yang sistematik dan teratur yang pernah dikuasai oleh kita.
Ini bermakna apa jua yang sentiasa kita fikirkan akan menjadi keyataan, sekiranya kita berfikir kearah yang berjaya. Kita boleh meramal kejayaan kita sekiranya kita memikirkan cara kita berusaha untuk mencapai matlamat yang kita impikan. Tapi kalu tidak berjaya?
Kejayan pasti datang lambat atau cepat itu bergantung kepada rezeki,hati,dan sejauh mana tawakal kita kepadaNYA. "kita merancang Allah merancang dan dialah sebaik-baik perancang"
Tawakal?
Ya,tawakal meletakkan bergantugan kepada yang maha ESA,itulah cara kita setelah memikirkan kejayaan,memikirkan cara untuk mencapai kejayaan.
fikirkan kejayaan+usaha bersungguh-sungguh+berharap kepada NYA= melahirkan kejayan yang sempurna.
cara kita membentuk pemikiran kita amat mustahak kerana,walaupun baik atau jahat,kuat atau lemah pembentukan akan menjadi realiti kehidupan. Pemikiran adalah asas yang dapat mempegaruhi tingkah laku, Contoh: selepas melihat cerita pendekar,tomoi (yang menghayati sahaja) pemikiran kita merasakan kita dapat buat macam dalam filem, rasa macam boleh lompat, kalu kita sertai dengan usaha yang jitu pasti kita dapat.(tu pun kalu adengan yang real la,kalu pakai tali takkan boleh buat la.)
sesuatu yang amat mendukacitakan kita ialah ramai diantara kita tidak hidup seperti manusia yang menpunyai pegagan aqidah yang teguh dan kepercayaan kepada yang ESA. Kita tidak menggunakan tenaga,pemikiran dan kekuatan yang dikurniakan semaksima mungking dan megikut cara yang jujur dan terbaik.
milikilah kejayaan hakiki dengan mengunakan anugrah dengan jujur sepertimana mengunakan mata pada tempatnya,mengunakan mulut pada tempat yang baik,mengunakan nikmat tangan kaki kearah melaksanakan kebaikan dsan berusaha mencapai kejayaan dengannya. Ini semua akan kita miliki dengan menempuhi kehidupan dengan memikirkan kejayaan dan igat hala tuju kita yang sebenar.
cerita :
pelajar A: (berbisik) kenapa kau bayar duit tambang bastu,bukan kondaktur mintak pun,lagipun kau bukan nak turun jauh
pelajar B: Aku bukan nak turun depa tu,tapi jauh lagi perjalan ini...kita akan ke alam lain pulak.
Jujurlah pada kehidupan, kejayaan akan menyusuri sebaliknya.
Fikirkan kejayaan
Jagan sekali-kali kita menngagap 1@2 kali gagal,kita tidak akan mendapat kejayaan. Percayalah di saat-saat paling mengecewakan, masih ada satu pendorong yang akan menukar kegagalan kepada kejayaan,kesedihan kepada kegembiraan.
tidak ada satu situasi yang gelap sehingga tiada langsung sinar cahaya. pusatkan pemikiran Aku akan mencari sinar cahaya itu kerana aku pasti akan ada sinar cahaya bakal menjelma dan akan muncul dari kesusahan itu.
Kita harus fikir kan kejayaan walaupun tidak bergolek tapi ianya akan wujud disisi kita,usaha yang jitu pasti akan menemukan kejayaan yang manis. Jgan dihantui atau dibajai dengan najis kegagalan dan putus asa dalam kehidupan,nyahkan perasangkan buruk dan negetif kita bakal menempah cahaya kejayaan.
sekali lagi kita melist kan prinsip-prinsip untuk kejayaan dalam kehidupan ini.
Amat mustahak seseorang individu itu medefinasikan kajayaan yang tepat untuk diri masing-masing. Kata orang tua-tua "mahu makan besar,mulut mesti besar".
Jangan hanya meletakkan kejayaan hanya untuk masa yang singkat,mesti memikirkan kejayaan dalam tempoh masa yang lebih jauh (berfikiran jauh) merancang untuk berjaya dalam semua aspek kehidupan contoh aspek rumahtangga,ekonomi,sosial, intelektual dan lain2, bukan fikir mahu berjaya atau kaya sahaja,tapi fikirlah untuk mendapat kejayaan didunia dan di akhirat.
percayalah kita boleh membentuk kehidupan masa depan dengan membentuk cara pemikiran kita.dengan cara yang positif, kita teteap akan berjaya insyallah.
Tidak mengabaikan tanggujawab sebagai seorang hamba allah taala, berdoa solat jahat, qiamulai sebagai senjata, tawakal sebagai pergantugan kepadaNYA, carilah ketenagan fikiran supaya proses pemikiran kita berjalan dengan teratur.
Peliharalah kejayaan dengan baik, belajarlah berkongsi pengalaman hidup dengan mereka-mereka yang telah menerpa kejayaan dalam kehidupan, sentiasa di sisi orang yang beriman dan berjaya.
prinsip-prinsip ini hanya boleh diamalkan oleh dengan cara yang jujur dan ikhlas, tetapi jika berlaku kegagalan jaganlah putus asa, analisa dan kaji balik kesilapan yang pernah di buat. Perbaiki diri dan kesilapan yang lalu semoga tidak berulang lagi.
formola untuk megatasi masalah dan mendapat semagat kejayaan "Cuba dan cuba bersungguh-sungguh,fikir dan fikir bersungguh-sungguh,yakin dan yakin bersungguh-sungguh" (megat ismail H.M. ibrahim-motiwasi&psikologi-jun1986)
Mungkin ramai di antara kita yang berpendapat perkara ini remeh, tapi seramai manakan diantara kita yang berusaha dengan bersungguh-sungguh? pernahkan kita meresakan setiap yang kita buat itu amat besungguh-sungguh?
jadi,kalu kita mahu berjaya,tidak mahu gagal,terpaksa kita cuba dan bukan hanya sekadar cuba tapi mesti bersungguh-sungguh dan bertubi-tubio dalam melaksanakannya.
KITA BOLEH jika kita percaya kita boleh, Jadi amalkan beberapa prinsip ini dan kita akan berjaya dan seterusnya kita tidak akan gementar menghadapi kegagalan.

0 comments

Post a Comment

testing

Contributors

Interpretation of Islam
-sek.keb.Padang Mokan,Peringat -Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) -Universiti Al-Azhar,Mesir
View my complete profile



muhim link


Free shoutbox @ ShoutMix

Demi Masa

MALAYSIA EGYPT