Posted by Interpretation of Islam

Friday, October 12, 2007

Raya Cara Rasulullah saw
Hiasi AidilFitri ala Rasulullah SAW

Oleh : abuFateh

Solat Aidilfitri yang pertama ditunaikan oleh Rasulullah saw ialah pada tahun ke-2 Hijrah. Aidilfitri merupakan simbol kemenangan umat Islam selepas berhempas pulas berpuasa dan beribadat selama sebulan Ramadhan, manakala Aidiladha pula dirayakan selepas sempurnanya ibadat haji (bagi yang mampu).Pada hari ini disunat mengucapkan tahniah di atas kejayaan menyempurnakan ibadat dengan berjabat tangan sesama Islam seterusnya dijawab dengan :
تقبل الله منكم و أحياكمAtau
كل عام وانتم بخيرHukum solat hari raya : Sunat muaakad (bagi yang wajib padanya solat jumaat, iaitu 7 syarat ; Islam, berakal, sihat tubuh badan, lelaki, baligh, merdeka, bermukim) ini adalah pendapat Imam Syafie dan Imam Malik, manakala menurut Imam Abu Hanifah ianya adalah wajib dan disisi Imam Ahmad solat hari raya hukumnya fardu kifayah.Perkara sunat yang dianjurkan pada hari raya :1. Menghidupkan malam hari raya dengan perkara taat kepada Allah Ta’ala seperti solat malam, zikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Sabda Nabi saw yang bermaksud : “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah, tidak akan dimatikan hatinya pada hari dimatikan hati-hati yang lain.”2. Doa pada malam hari raya adalah mustajab sebagimana mustajabnya doa pada malam Jumaat, malam awal Rejab dan Nisfu Syaaban.”3. Mandi hari raya, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik khusus bagi lelaki. Bagi wanita tidak dibenarkan berwangi-wangian dan berhias. Juga dianjurkan untuk memotong kuku dan menghilangkan bau badan.4. Menunaikan Zakat Fitrah sebelum daripada umat Islam keluar untuk solat (mengeluarkan zakat lebih awal adalah sah)5. Membelanjakan harta untuk ahli keluarga lebih daripada biasa, namun dalam had kemampuan.6. Menzahirkan kegembiraan pada wajah apabila bertemu sesama mukmin, menziarahi sahabat handai untuk mengeratkan kasih sayang.7. Menuju ke masjid melalu jalan yang jauh dalam keadaan berjalan dengan tenang. Manakala memilih jalan pulang yang dekat (jalan lain yang jaraknya tidak terlalu jauh)8. Makan sesuatu sebelum solat (makanan yang terbaik ialah buah tamar dalam jumlah yang ganjil). Bagi solat hari raya Aidiladha disunatkan makan selepas daripada solat9. Khusus untuk wanita, dibolehkan keluar untuk bersama-sama solat hari raya tetapi dengan keadaan tidak berhias, tidak memakai pakaian untuk menunjuk-nunjuk dan boleh menarik perhatian juga tidak berwangi-wangian10. Melazimi takbir bermula dari tenggelam matahari malam pertama Aidilfitri, takbir ini berterusan sehinggalah solat Aidilfitri dimulakan. Manakala takbir bagi hari raya Aidiladha bermula dari subuh hari Arafah dan berakhir pada waktu Asar pada hari terakhir hari Tasyrik.11. Melazimi takbir dalam setiap keadaan, waktu dan tempat. Juga di sunatkan bertakbir selepas daripada solat wajib.12. Lafaz takbir bagi mazhab Syafie :
الله أكبر الله أكبر الله أكبر , لا اله الا الله , الله أكبر الله أكبر ولله الحمد.الله أكبر كبيرا , والحمد لله كثيرا , وسبحان الله بكرة واصيلا.لا اله الا الله وحدة , صدق وعدة ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده.Semoga Aidilfitri kali ini membawa berkat dalam kehidupan kita, penuh dengan warni warni manifestasi ketaatan kepada Allah Ta’ala dan jauh daripada maksiat.Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.Dipetik dan diolah dari :1. Fikh Islami wa Adilatuhu – Dr. Wahbah az-Zuhaili2. Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri

0 comments

Post a Comment

testing

Contributors

Interpretation of Islam
-sek.keb.Padang Mokan,Peringat -Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) -Universiti Al-Azhar,Mesir
View my complete profile



muhim link


Free shoutbox @ ShoutMix

Demi Masa

MALAYSIA EGYPT